BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda orang yg ke...

Sunday, March 14, 2010

AYU FACIAL BAR..Sabun beras susu


Sabun beras susu adalah alternatif bagi rawatan kulit yang bermasalah seperti jerawat, bintik hitam, kedut, parut dan kulit yang kusam, berminyak dan tidak berseri.Bar muka ini adalah diformulasi secara tradisional dengan menggunakan bahan semulajadi dan berkesan untuk kecantikan kulit. Ramai yang mencari berbagai-bagai rawatan kulit sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit, tapi hasilnya masih tidak memuaskan hati. Apa kata hari anda cuba bar yang di buat dari beras pulut dan susu ini.Kosnya sangat murah tapi insyaallah berkesan dan memuaskan hati anda. Kepada yang berkulit sensitif amatlah digalakkan kerana anda sebenarnya alah terhadap bahan kimia. Jadi Ayu Facial Bar insyallah dapat merawat kulit anda secara semulajadi..kerana ianya tiada bahan kimia.

Cara menggunakannya:
1. Basuh tangan dan gosok Ayu facial Bar sehingga mengeluarkan buih yang mencukupi.
2. Sapu buih ke bahagaian muka atau mana-mana bahagian badan yang bermasalah.
3. Biarkan seketika dan bilas.Serta merta anda akan rasa kulit anda halus dan lembut.
4. Guna setiap kali semasa mandi atau di muka 2/3 kali sehari. Kulit anda akan
mengalami perubahan yang ketara selepas beberapa hari.
5. Kesan pembersihan oleh Ayu Facial Bar menjadikan kulit anda terasa bersih,
selesa,tidak berminyak.Anda merasakan tidak perlu lagi memakai apa-apa
foundation, krim atau bedak sekalipun.Tapi kalau anda ingin memakainya tidak
menjadi masalah.
6. Pengunaan ayu facial bar pada bahagian ketiak atau badan menjadikan badan anda
terasa bersih , segar dan tidak melekit apabila berpeluh.

CUBALAH AYU FACIAL BAR ...HARI INI.

SIHAT..CANTIK..BERBALOI

Tuesday, December 22, 2009

Kapur Ajaib


Kapur ajaib adalah produk penjagaan rumah tangga yang perlu ada pada setiap rumah atau pejabat.Kapur ajaib ini sangat efektif dalam membunuh semut, lipas dan kutu kepala secara berkesan.

Kenapa perlu menggunakan Kapur Ajaib ?
Banyak produk yang biasa kita gunakan untuk membunuh lipas dan semut di pasaran.Kebanyakannya dari jenis penyembur racun aerosol; seperti Ridsect,Fumakilla, Bygon dan macam2 lagi.Tapi bahan2 tersemua mengandungi kandungan bahan aktif yang yang berbahaya,pelarut bukan organik dan cara pengunaannya perlu berhati-hati. Semburan semut di meja makan mungkin boleh membawa mudharat...kerana makanan kita boleh di masuki bahan racun dari penyembur tadi. Lipas yang tersembunyi akan keluar pada waktu malam dan akan melarikan diri bila berbau bahan semburan aerosol.

Mengapa perlu bertukar kepada Kapur Ajaib?
1. Pengunaanya mudah..cuma lorekkan kapur pada tempat laluan semut. Serta merta semut akan lari dan mati.untuk meja makan lorekkan pada bahagian kaki meja. Semut takkan sanggup melalui kaki meja itu lagi.
2. Untuk almari/ tempat yang banyak lipas. Buat lorekan atau contengan pada dinding bahagian dalam almari. Insyaallah lipas yg ada tersembunyi akan lari serta merta dan tidak akan kembali lagi.
3. Tiada kesan sampingan, bau yang tidak menyenangkan dan kesan toksik.
4. Untuk kutu kepala, lorekkan kapur ajaib pada bahagian kulit kepala atau hancurkan sedikit kapur ajaib, tabur serbuk kapur itu pada bahagian kulit dan rambut. Rata2 kan.Selepas beberapa jam atau keesokkannya mandi seperti biasa. Ajaibnya kutu dan telor kutu semuanya musnah, tanpa mengira berapa banyak bilangan kutu yang ada pada kepala.
5. Kosnya sangat murah.Cuma RM2 sekotak/ 2 batang.
6. TIDAK BERBAHAYA KEPADA MANUSIA DAN HAIWAN PELIHARAAN.
Selepas menggunakannya cuma cuci tangan dengan air.


Sebuah Kisah tentang kapur ajaib.

Pada tahun 2008,saudaraku yang menetap di Kuala Lumpur telah pergi ke Tanah suci untuk menunaikan haji. Kesemua anaknya di hantar ke kampung bersama nenek dan datuknya untuk dijaga sementara mereka ke Mekah. Al maklumlah di kampung, musim cuti sekolah anak2nya bebas bermain,bercampur dengan anak2 jiran dan tetangga.Bermain kadang2 tidur bersama dan macam2 lagi aktiviti anak2 yang berumur 12-4 th. Sebaik saja mereka balik dari Mekah, anak-anak kembali ke Kuala Lumpur. Mereka tidak berhenti2 menceritakan keseronokan bermain di kampung tanpa had...disamping dapat ramai teman baru..ibu bapanya pun turut gembira.Tetapi si ibu mula merasakan seperti ada yang tidak kena apabila si anak yang kecil itu asyik menggaru2 kepalanya. seperti ada kutu di kepalanya.Pengalaman ibunya semasa kecil tentang bagaimana gatalnya kepala jika ada kutu, walaupun seekor.

Naluri si ibu rupanya tepat sekali. Apabila di belek2 rambut anaknya yang kecil sekali, masyallah banyaknya telur kutu...sehingga hampir kesemuanya rambutnya berwarna putih.dan kutunya nampak jelas dek saiznya yang besar dan berwarna hitam pekat. Ibunya terkejut apatah lagi mendapati kesemua lima anaknya dijangkiti.

Ibunya terus berikhtiar menghapuskan kutu yang ada pada kelima-lima anaknya. Selepas membeli syampoo kutu di farmasi yang berharga belasan ringgit, nampaknya tidak berhasil.kutunya mati..tapi selepas beberapa hari telournya menetas lagi. Ibunya tidak putus asa, dia mencuba lagi membeli gel kutu dari carrefour berdekatan dengan harga RM22.90. Aturan pakainya rumit...kepala tidak boleh dibasahkan selama 3 hari apabila memakainya. Dia cuba menghalang anaknya daripada membasahkan rambut selama 3 hari..tetapi tidak berhasil. Anak sekecil 4 tahun itu tidak mengerti apa-apa..dia bermain air dan mandi 2-3 kali sehari.Selepas itu ibunya mencuba lagi beberapa produk lain dari farmasi tetapi tidak juga berhasil.

Si ibu hampir rasa kecewa juga..ikhtiar apa lagi yang hendak di buat. Koloni kutu masih aktif dalam keluarganya walaupun sudah lebih 6 bulan berlalu..adakalanya si ibu juga dijangkiti kutu..Perasaan malu pula bila anak menggaru2 kepala semasa berada ditempat awam dan pernah juga ditegur jiran.Pernah di syorkan oleh bibiknya supaya menyembur ridsect pada rambut di kepala dan tutup. Kutu tu memang boleh mati kata bibik.Ya Allah rasanya tak sanggup menyembur racun pada kepala anak...takut kesan sampingan yg berbahaya.

Suatu hari, dia diperkenalkan oleh seorang kawan untuk menggunakan kapur ajaib,yang murah, mudah dan memang berkesan. Selepas menggunakan sekali sahaja pada semua anak2nya.Riwayat kutu pun berakhir. Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi.
Begitulah kisahnya setelah mengeluarkan kos yang banyak untuk menghapuskan kutu...akhirnya kapur ajaib yang berharga RM2.00 yang berkesan.

Jika anda @ keluarga dijangkiti kutu,,kita akan berasa malu pada jiran atau kawan2. Kelihatan kita sepertinya kita tidak tahu mengamalkan kebersihan diri. Tetapi kisah yang berlaku kepada saudaraku sendiri...mungkin berlaku pada anda juga. Samada di nurseri anak2 atau semasa bermain dengan anak jiran atau di sekolah.
Sesungguhnya spesies kutu tidak pernah pupus dari muka bumi ini.

Berminat untuk mendapatkan kapur ajaib hubungi kami.
Hubungi 013-3333126 atau 0123777766
Penghantaran seluruh semenanjung malaysia.

BEBOLA AJAIB



Assalamualaikum.. terimakasih kerana sudi bersama ana dalam blog serba ajaib ni..
Produk pertama yg ana nak kongsi dengan anda ialah oko laundry ball..

.Apakah bebola pencuci oko ni? Ia adalah bola yang dapat menggantikan sabun, boleh digunakan untuk mencuci pakaian kita seharian. Anda boleh lupakan segala macam jenama sabun dipasaran..daripada yang murah hingga mahal. Ada yang concentrated, powder, liquid, buku dan macam2 lagi.

. kenapa dia dikatakan ajaib??

Sebabnya sejak zaman dahulu kala(abad ke-18) sejarah telah menceritakan bagaimana saintis telah mencipta sabun dari ABU KAYU DAN LEMAK HAIWAN, seterusnya di perbaiki keberkesanannya dalam pencucian hinggalah ke abad ke 21 ini...1001 nama sabun/detergen ada di pasaran.Detergen yg di iklankan di TV memang hebat..berkesan, berupaya membunuh bakteria, hilangkan kesan degil..malah ada yg dapat mengembalikan warna yg pudar. Itu adalah pembohongan yang nyata. mana mungkin pakaian yg pudar dapat bercahaya kembali. Anda tentu boleh fikirkan...

Berbalik tentang bebola pencuci ajaib ni..ia adalah inovasi dan teknologi terkini dalam penciptaan barangan, ianya berasaskan teknologi nano, magnetik dan mineral. Bola ini memang ajaib kerana dapat menggantikan tugas yg dijalankan oleh detergen selama ini..sambil membantu mengurangkan pencemaran alam.
HUH ... di setiap ceruk dunia..semua saintis memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah pencemaran!! Manusia dah semakin tidak selamat hidup dipenuhi bahan kimia.
NAH.. inilah dia produk ajaib yang di ciptakan oleh saintis abad ke-21. Ianya mencuci tanpa buih, tanpa natrium lauryl sulfat, peluntur,enzim dan bla2 banyak lagi bahan kimia membawa kepada kemusnahan akuatik dan pencemaran alam.Anda boleh semak nama bahan kimia yg terdapat dalam pencuci pakaian anda dan apa kesannya pada alam kita(Rujuk Buku kimia ting 5 tajuk 13. Sabun dan deterden).Paling kurang ada 8 bahan tambah yang digunakan , ada dijelaskan sekali kesan pencemaran terhadap alam kerana detergen tidak terbiodegradasi.

OKO BALL dapat mencuci pakaian anda dengan banyak kelebihan :

1. menjimatkan kos sehingga RM 1000.00 dengan kos cuma RM 50.(Tak payah beli sabun 3 tahun)
2.ia membunuh bakteria pd pakaian kita..buktinya pakaian berbau segar.Boleh uji dan lihat sendiri di rumah anda.tak perlu buat kajian di makmal.senang sungguh
3.Tiada setitik kesan klorin atau bahan kimia pada pakaian anda..anda bebas dari bahan kimia yang kuat, toksik dan merosakkan gentian pada pakaian anda.
4. anda tidak perlukan pelembut pakaian, kerana pakaian anda tidak mengeras seperti anda mencuci dengan sabun biasa.
5.Kulit anda terutama kanak-kanak yang alergi memang selamat.Insyallah terhindar dari penyakit kulit kronik seperti ekzema, psriosis dan kegatalan kerana sisa sabun pd pakaian. Pakaian yang masih mengandungi sisa sabun dapat dikesan pada bau sabun yang masih tertinggal pada pakaian.pakaian yang bersih tanpa sisa sabun seharusnya tidak mengandungi sebarang bau...kecuali bau segar @ tiada bau hapak. itu je
6.Pakaian anda memiliki keanjalan yaNg optima, warna yang kekal terutama pakaian dari cotton, batik atau sutera.Tiada masalah kain reput, warna yang pudar kerana sabun yang sangat kuat tindakannya.
7.Sungguh menjimatkan air kerana tiada buih. kalau menggunakan mesin semi-auto memang sangat jimat kerana pembilasan sangat mudah...bilas sekali pun dah cukup.. kalu auto...boleh buat set-up untuk masa pembilasan.
8.Pakaian anda nyata tidak berkedut terutamanya dari kain kapas (Cotton).Ini pastinya memudahkan anda menggosok pakaian..apatah lagi yg malas nak gosok baju tu..
9. Pengunaan dan penyelengaraannya yg mudah. Cuma rendam 1 jam minima, lepas tu pusing macam biasa,bilas, siap! Bola tu biar je kat dalam mesin tu. Hinggalah anda membasuh utk kali keseterusnya ulang langkah yang sama.Sebulan sekali.. jemur dia bawah cahaya matahari...bagi dia sihat.(Untuk aktifkan mineralnya). itu jelah... tak risau dia habis ke, basah ke , lembik ke ....takyah fikir apa2
10. iNI patut yang first sekali...yang jelasnya HALALAN TOYIBA.Tiada lemak yang meragukan..kalu lemak ikan
kita xde la kisah. Tapi OKO Ball ni memang tiada berasaskan lemak. Jadi pakaian kita pastinya YAKIN untuk dibawa solat. mUDAH-MUDAHAN amal kita takdelah sia-sia. INSYAALLAH.
11.Untuk yang ingin/minat/suka menjana pendapatan...jom jadilah pemborong atau pengedar OKO Ball kami. Kerana ana adalah pengimportnya... Hubungi saya tau...no nya??
Kami menawarkan anda semua kepada peluang perniagaan yang sangat mudah, modal serendah RM250 dan boleh gerak.
Hubungi kami sekarang samada sebagai Pemborong atau Pengedar. Setidak2nya sebagai pengguna.

SAYANGI BUMI KITA...THE WORLD WITHOUT DETERGENT..
BUMI TANPA SABUN


UNTUK MAKLUMAT LANJUT...SILA LAYARI

www.iklaneka.net.my/bolajaib