BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

anda orang yg ke...

Tuesday, December 22, 2009

Kapur Ajaib


Kapur ajaib adalah produk penjagaan rumah tangga yang perlu ada pada setiap rumah atau pejabat.Kapur ajaib ini sangat efektif dalam membunuh semut, lipas dan kutu kepala secara berkesan.

Kenapa perlu menggunakan Kapur Ajaib ?
Banyak produk yang biasa kita gunakan untuk membunuh lipas dan semut di pasaran.Kebanyakannya dari jenis penyembur racun aerosol; seperti Ridsect,Fumakilla, Bygon dan macam2 lagi.Tapi bahan2 tersemua mengandungi kandungan bahan aktif yang yang berbahaya,pelarut bukan organik dan cara pengunaannya perlu berhati-hati. Semburan semut di meja makan mungkin boleh membawa mudharat...kerana makanan kita boleh di masuki bahan racun dari penyembur tadi. Lipas yang tersembunyi akan keluar pada waktu malam dan akan melarikan diri bila berbau bahan semburan aerosol.

Mengapa perlu bertukar kepada Kapur Ajaib?
1. Pengunaanya mudah..cuma lorekkan kapur pada tempat laluan semut. Serta merta semut akan lari dan mati.untuk meja makan lorekkan pada bahagian kaki meja. Semut takkan sanggup melalui kaki meja itu lagi.
2. Untuk almari/ tempat yang banyak lipas. Buat lorekan atau contengan pada dinding bahagian dalam almari. Insyaallah lipas yg ada tersembunyi akan lari serta merta dan tidak akan kembali lagi.
3. Tiada kesan sampingan, bau yang tidak menyenangkan dan kesan toksik.
4. Untuk kutu kepala, lorekkan kapur ajaib pada bahagian kulit kepala atau hancurkan sedikit kapur ajaib, tabur serbuk kapur itu pada bahagian kulit dan rambut. Rata2 kan.Selepas beberapa jam atau keesokkannya mandi seperti biasa. Ajaibnya kutu dan telor kutu semuanya musnah, tanpa mengira berapa banyak bilangan kutu yang ada pada kepala.
5. Kosnya sangat murah.Cuma RM2 sekotak/ 2 batang.
6. TIDAK BERBAHAYA KEPADA MANUSIA DAN HAIWAN PELIHARAAN.
Selepas menggunakannya cuma cuci tangan dengan air.


Sebuah Kisah tentang kapur ajaib.

Pada tahun 2008,saudaraku yang menetap di Kuala Lumpur telah pergi ke Tanah suci untuk menunaikan haji. Kesemua anaknya di hantar ke kampung bersama nenek dan datuknya untuk dijaga sementara mereka ke Mekah. Al maklumlah di kampung, musim cuti sekolah anak2nya bebas bermain,bercampur dengan anak2 jiran dan tetangga.Bermain kadang2 tidur bersama dan macam2 lagi aktiviti anak2 yang berumur 12-4 th. Sebaik saja mereka balik dari Mekah, anak-anak kembali ke Kuala Lumpur. Mereka tidak berhenti2 menceritakan keseronokan bermain di kampung tanpa had...disamping dapat ramai teman baru..ibu bapanya pun turut gembira.Tetapi si ibu mula merasakan seperti ada yang tidak kena apabila si anak yang kecil itu asyik menggaru2 kepalanya. seperti ada kutu di kepalanya.Pengalaman ibunya semasa kecil tentang bagaimana gatalnya kepala jika ada kutu, walaupun seekor.

Naluri si ibu rupanya tepat sekali. Apabila di belek2 rambut anaknya yang kecil sekali, masyallah banyaknya telur kutu...sehingga hampir kesemuanya rambutnya berwarna putih.dan kutunya nampak jelas dek saiznya yang besar dan berwarna hitam pekat. Ibunya terkejut apatah lagi mendapati kesemua lima anaknya dijangkiti.

Ibunya terus berikhtiar menghapuskan kutu yang ada pada kelima-lima anaknya. Selepas membeli syampoo kutu di farmasi yang berharga belasan ringgit, nampaknya tidak berhasil.kutunya mati..tapi selepas beberapa hari telournya menetas lagi. Ibunya tidak putus asa, dia mencuba lagi membeli gel kutu dari carrefour berdekatan dengan harga RM22.90. Aturan pakainya rumit...kepala tidak boleh dibasahkan selama 3 hari apabila memakainya. Dia cuba menghalang anaknya daripada membasahkan rambut selama 3 hari..tetapi tidak berhasil. Anak sekecil 4 tahun itu tidak mengerti apa-apa..dia bermain air dan mandi 2-3 kali sehari.Selepas itu ibunya mencuba lagi beberapa produk lain dari farmasi tetapi tidak juga berhasil.

Si ibu hampir rasa kecewa juga..ikhtiar apa lagi yang hendak di buat. Koloni kutu masih aktif dalam keluarganya walaupun sudah lebih 6 bulan berlalu..adakalanya si ibu juga dijangkiti kutu..Perasaan malu pula bila anak menggaru2 kepala semasa berada ditempat awam dan pernah juga ditegur jiran.Pernah di syorkan oleh bibiknya supaya menyembur ridsect pada rambut di kepala dan tutup. Kutu tu memang boleh mati kata bibik.Ya Allah rasanya tak sanggup menyembur racun pada kepala anak...takut kesan sampingan yg berbahaya.

Suatu hari, dia diperkenalkan oleh seorang kawan untuk menggunakan kapur ajaib,yang murah, mudah dan memang berkesan. Selepas menggunakan sekali sahaja pada semua anak2nya.Riwayat kutu pun berakhir. Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi.
Begitulah kisahnya setelah mengeluarkan kos yang banyak untuk menghapuskan kutu...akhirnya kapur ajaib yang berharga RM2.00 yang berkesan.

Jika anda @ keluarga dijangkiti kutu,,kita akan berasa malu pada jiran atau kawan2. Kelihatan kita sepertinya kita tidak tahu mengamalkan kebersihan diri. Tetapi kisah yang berlaku kepada saudaraku sendiri...mungkin berlaku pada anda juga. Samada di nurseri anak2 atau semasa bermain dengan anak jiran atau di sekolah.
Sesungguhnya spesies kutu tidak pernah pupus dari muka bumi ini.

Berminat untuk mendapatkan kapur ajaib hubungi kami.
Hubungi 013-3333126 atau 0123777766
Penghantaran seluruh semenanjung malaysia.

0 comments: